Monday 7 March 2016

Zeff Legacy Enterprise

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah Tuhan yang memiliki segala kekayaan di alam ini. Samada di langit mahupun di bumi, di darat mahupun di laut, semua makhluk tersebut berada di bawah kekuasaan, rahmat dan kasih sayang Allah Taala. Selawat dan Salam ke atas junjungan Mulia Nabi akhir zaman, Nabi terakhir, nabi yang membawa manusia keluar daripada kegelapan, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Selamat pagi, Selamat sejahtera, Salam perpaduan, Salam satu ummah. Semoga anda berada dalam keadaan yang sejahtera, dirahmati, diberkati dan terus diberi kesihatan yang baik dari semasa ke semasa.

Zeff Legacy adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada 15 Mac 2015 namun baru sahaja di daftarkan pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada bulan Februari 2016. Pada mulanya bisnes ini diwujudkan atas kesedaran untuk menjana ekonomi diri sendiri. Ia dimulakan dengan tempahan membuat button batch secara kecil-kecilan.

September 2015 menyaksikan perniagaan ini dikembangkan ke bidang lain iaitu bisnes jualan jubah import daripada Timur Tengah. Jubah pertama yang dijual adalah Jubah jenis Ikaf yang murah, berpatutan dan selesa untuk dipakai oleh semua golongan umur.

Perniagaan ini berterusan hari ke hari, bulan ke bulan. Pelbagai produk yang ditambah bermula dengan minyak attar Al-Habib, minyak wangi roll-on Al-Habib, perfume spray, Jubah Daffah dan juga Jubah Haramain. Produk-produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan samada secara runcit mahupun borong.

IMKK Disember 2015 menjadi titik tolak yang sangat berharga pada bisnes ini. IMKK mengubah pemikiran dan persepsi yang kurang elok yang telah bersarang lama dalam minda konvensional seorang manusia terutama masyarakat melayu. Ia mengangkat paradigm diri seseorang dengan cara yang sangat teratur berseni.

Berakhirnya IMKK memulakan suatu kehidupan manusia yang lebih baik. Disinilah objektif perniagaan yang sedia ada diinovasi dan ditambahbaik agar hikmah berniaga yang cuba disampai oleh nabi dapat diterima oleh akal fikiran manusia.  Memudahkan orang lain untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan terutama jubah dan minyak wangi dijadikan tujuan utama selain meningkatkan pendapatan diriagar tidak meminta-minta dengan orang lain. Selain itu impian untuk memberi sebanyaknya kebaikan  kepada orang lain mengisi kelompangan yang dirasakan sebelum ini.

Diharapkan , wujudnya Syarikat ini akan dapat membantu orang lain serta memudahkan kerja orang lain dalam memenuhi keperluan dan keinginan hidup di dunia ini. Semoga perniagaan ini mendapat bantuan, keredhaan, rahmat dan kasih sayang Allah Taala serta dibukakan ruang rezeki yang seluas-luasnya kepada pemilik dan syarikat ini. Doakan yang terbaik buat kami. Semoga kami menjadi orang yang disebut-sebutkan Nabi Muhammad iaitu “sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain.

Zeff


Zeff Legacy Enterprise

No comments:

Post a Comment