MINYAK WANGI HARAMAIN ANTARA MINYAK WANGI YANG MENJADI PILIHAN RAMAI
Tahukah anda perfumes (minyak
wangi) berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang
dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi
digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak
sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas
yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.
Setelah itu, barulah proses
pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini,
iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah
itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran
essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman
aroma yang berbeza-beza.
HADIS NABI MUHAMMAD BERKAITAN
PENJUAL MINYAK WANGI
“Perbandingan teman yang baik dan
teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan
membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau
harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai
pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak
enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI
Hukum asal memakai wangian
termasuklah minyak wangi adalah sunat (digalakkan). Ini berdasarkan beberapa
hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya yang diriwayatkan dari
‘A’isyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: “Aku memberi
(memakaikan) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebaik-baik wangian yang
(Baginda) ada sehingga aku melihat wangian itu cerah/jernih (berkilau/berkilat)
di kepala dan janggut Baginda.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Hadits di atas menunjukkan bahawa
memakai wangian adalah sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun yang
dimaksudkan dengan memakai wangian ialah mengenakan wangian seperti minyak
wangi pada badan atau pakaian mengikut cara kebiasaannya sama ada dilakukan
dengan sendiri ataupun dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.
Dalam sebuah hadits yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam melarang umatnya dari menolak pemberian yang berupa wangian. Sabda
Baginda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang
ditawarkan wangian, maka janganlah dia menolaknya, kerana sesungguhnya ia
adalah beban yang ringan (ringan dibawa) dan enak baunya.” (Hadits riwayat
Muslim)
MEMAKAI WANGIAN SEBELUM
MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
Sunat bagi lelaki memakai wangian
ketika hendak menunaikan sembahyang Jumaat. Diriwayatkan dari Salman al-Farisi
Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah mandi seorang
lelaki itu pada hari Jumaat, membersihkan diri semampunya, meminyakkan rambut
dari minyaknya, memakai wangian (yang ada di) rumahnya, lalu dia keluar (ke
masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), kemudian
dia mendirikan sembahyang yang ditentukan ke atasnya dan sesudah itu duduk diam
tatkala imam memberi khutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat
tersebut sehinggalah Jumaat yang akan datang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Yang dimaksudkan dengan
sembahyang yang ditentukan itu ialah sembahyang sunat rawatib qabliyyah Jumaat,
atau sembahyang-sembahyang sunat yang lain sekurang-kurangnya dua raka‘at
sembahyang tahiyyatul masjid jika imam belum memulakan khutbah, ataupun juga
sembahyang qadha’.
Adapun bagi khunsa dan
perempuan, makruh ke atas mereka memakai minyak wangi apabila keluar rumah untuk
menunaikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi sunat bagi mereka sekadar
menghilangkan bau yang tidak enak seperti bau keringat. Ini kerana
menghilangkan bau yang tidak enak sama ada dengan air atau selainnya juga
merupakan perkara yang disunatkan apabila hendak menunaikan sembahyang Jumaat.
KELEBIHAN WANGIAN DALAM KEHIDUPAN
1) Wangian dan colognes
menghasilkan perasaan gembira, meningkatkan keyakinan diri dan rasa kesejahteraan.
2) Wangian juga membentangkan
pemakai mereka dengan peluang untuk mencipta trademark untuk diri mereka yang
hampir tidak dapat dilupakan.
3) Satu percikan halus wangian,
apabila dicampur dengan kuasa deria bau, mempunyai keupayaan untuk mencetuskan
kenangan indah dan pelbagai emosi yang boleh menaikkan semangat, memperkayakan
cinta, meningkatkan mood orang, dan membawa kepada perasaan bahagia. Haruman
membantu menjadikan kehidupan lengkap.
4) Haruman mempunyai keupayaan
untuk meneutralkan bau yang tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan agen
pembersih yang banyak.
5) Aroma menyenangkan boleh
meningkatkan deria dan pada masa yang sama meningkatkan proses pembelajaran.
6) Haruman juga bekerja untuk
meningkatkan mood atau memberikan perasaan ketenangan di tengah-tengah hari
yang sibuk.
Berjalan kaki di luar tidak akan
sama tanpa bau wangian. Sebuah dunia tanpa wangian akan menjadi setanding
dengan dunia yang tanpa muzik, seperti dunia tanpa warna yang mewarnai planet
kita, seperti padang yang tidak pernah hijau dan subur.
TIPS PENGGUNAAN MINYAK WANGI
Untuk menjadikan haruman wangian
perfume tahan dengan lebih lama, semburkan atau sapu wangian perfume tersebut
pada kulit. Kulit adalah lebih panas pada bahagian denyutan nadi yang membantu
keberkesanan bauannya untuk menyerlah. Antara bahagian badan yang sesuai untuk
menyemburkan atau menyapukan haruman adalah seperti berikut:
- Belakang
telinga
- Di
bawah leher
- Bahagian
siku
- Pelipat
lengan
- Bahagian
pergelangan tangan dan dada
Secara umumnya, perfume yang
belum dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun. Tetapi apabila sudah dibuka,
ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18 bulan. Perfume juga mempunyai 3
kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi dam kelembapan.
Cara terbaik untuk menyimpan
perfume adalah di dalam kotak asalnya terutamanya jika ianya jarang digunakan.
Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana
terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik
bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume
dengan ketat supaya baunya kekal.
TIPS TAMBAHAN MINYAK WANGI
1.Biasanya mereka yang memakai
pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian yang tidak sesuai.. Ini
hanya merugikan anda, apatah lagi jikalau perfume anda perfume yang original
dan harganya mencecah ratusan ringgit! Sebelum menyapu, menyembur atau roll on
perfume anda, pastikan mengikut tip-tip di bawah untuk memperolehi kesan
pemakaian yang baik supaya aroma wangian anda memberikan 100% haruman yang
tidak boleh tidak mampu memikat orang di sekeliling anda!
2. Ok, inilah dia…
- Pastikan
berada di dalam bilik yang bersuhu normal (suhu bilik).
- Semburkan
minyak wangi dari jarak sederhana dari tapak tangan anda
- Semburkan di
titik-titik nadi iaitu di bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan
tangan, dan bahagian dalam siku & dibelakang bahagian telinga.
- Bagi
membuatkan aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan
semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
- Setiap
perfume mempunyai aroma & kelebihan baunya tersendiri. Sekiranya anda
menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian
perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan
- Ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang
sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
- Untuk
cara yang lebih ADVANCE, semburkan perfume di udara dan pusingkan badan anda di
dalam titisan perfume yang sedang terapung di udara. Dengan cara ini anda akan
mendapat titisan wangian yang sekata pada pakaian anda!
3. Untuk memastikan wangian dari
perfume anda berkembang secara baik, sapukan perfume paling kurang 30 minit
sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan
minyak pada kulit anda.
4. Perfume berkesan kepada kulit
yang hangat dan mempunyai peredaran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti
tempat / bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.
5. Elakkan bertukar-tukar
jenis perfume dimana jika 2 atau lebih wangian yang bercampur di pakaian anda
akan menyebabkan bauan yang kurang menyenang kan.
6. Bagi mereka yang mempunyai
alahan pada perfume, anda boleh mencuba dahulu dengan haruman yang lebih ringan
dan semburkan pada kadar yang nipis/sedikit.
7. Perfume boleh tahan lama
selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume
hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.
8. Bagi perfume yang original,
kesan nya boleh bertahan sehingga 8 jam jika cara pemakaian nya adalah betul dn
mengikut tips – tips di atas.
9. Terbaru dan terkini, sudah ada
terciptanya perfume berasaskan feromen ( mempunyai haruman yang mampu menarik
perhatian pasangan yang berlainan jenis)memang lain dari yang lain. Kajian
telah dibuat dan di akui keberkesanan serta telah terbukti di peringkat
antarabangsa. Haruman ini mampu membuatkan lebih mata memandang
anda.
APA KATA PAKAR
Pakar perunding psikologi dan
psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor
Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu
meredakan tekanan. “Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan
bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam
erti kata melegakan tekanan atau stres ringan. “Namun, jika seseorang itu
mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi
dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi
baru-baru ini. Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan
penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di
sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang
luas terbentang.
* KOSMO 19 Mac 2011
MENGENALI JENIS PERFUME : APA ITU
EDC, EDT, EDP PERFUME
• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian
paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat
sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis
ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.
• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih
tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi
cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu
mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan
pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta
boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.
• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga
4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar
pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup
kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama
untuk menghadiri acara rasmi.
• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis
ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22
peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis
wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.
CORET-CORET TENTANG PERFUME
Asal-usul perkataan minyak wangi
"per fumum" perkataan berasal dari bahasa Latin yang bermaksud
penyulingan wap.Sejarah minyak wangi sudah ada dari zaman batu lagi,iaitu
apabila manusia membakar kayu dan herba aromatik untuk memuji tuhan-tuhan mereka
"melalui asap.".
Orang-orang Mesir adalah tamadun
yang pertama menguasai seni membuat minyak wangi. Bukti amalan mereka ini
telah disahkan apabila makam Firaun Tutankhamen telah dibuka oleh ahli
arkeologi dan mereka telah menjumpai lebih dari 3000 botol minyak wangi.
Antara wangian yang wujud pada
hari ini, yang tertua adalah "Eau de Cologne 4711." Ia dicipta pada
1796 dan ia adalah minyak wangi uniseks pertama di dunia. Ia telah digunakan
oleh Napoleon I dan kekasihnya Josephine.
Tahukah anda bahawa wanita dari
Sepanyol adalah penduduk Eropah yang paling banyak menggunakan minyak wangi,dan
diikuti oleh orang Itali dan Perancis.
Sukar untuk percaya, tetapi
terdapat negara-negara di Asia di mana orang ramai tidak menggunakan minyak
wangi langsung. Berbeza, bukan?
MINYAK WANGI PALING MAHAL DI
DUNIA
Minyak wangi paling mahal di
dunia ialah Imperial Majesty, wangian edisi terhad untuk wanita yang dihasilkan
oleh pereka British Clive Christian. Dijual hanya sebagai No. 1, dengan harga
yang luar biasa iaitu sebanyak $ 249,034.40 USD dan ia hanya dijual di kedai
eksklusif di New York. Tetapi jangan risau, jika anda benar-benar mahu
mendapatkan minyak wangi ini, terdapat juga versi ekonomi. Pereka ada
menyediakan botol kecil 1 auns yang berharga RM 2,043.36.
Imperial Majesty asalnya
diwujudkan pada tahun 1872, atas permintaan Ratu Victoria England, dan telah
dianggap permata berharga. Oleh kerana itu, wanita akan memakai bekasnya di
sekeliling leher mereka untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Ia mengambil masa
satu tahun untuk dihasilkan dan kira-kira 200 bahan termasuk cendana India,
Arab melati, Tahitian vanila, dan pelbagai bunga ros dari negara-negara seperti
Perancis, Bulgaria dan Mesir.
Botolnya juga berharga paling
mahal di dunia. Ianya diperbuat daripada kristal Baccarat, dan dianggap karya
seni edisi terhad dan eksklusif. Ia boleh menampung sebanyak 500 ml. minyak
wangi berharga, termasuk berlian putih disekitar kolarnya, dan penutupnya
adalah replika mahkota Ratu Victoria.
MINYAK WANGI AL HARAMAIN 15 ML
ROLL-ON
Agak sukar untuk kita menemui minyak wangi Haramain ini di
Malaysia. Tak semua kedai atau kiosk minyak wangi menjual minyak wangi ini.
Namun demikian, minyak wangi ini ada penggemar mereka tersendiri.
Alhamdulillah, sahabat-sahabat saya juga sangat meminati haruman ini. Antara
haruman yang sering ditanya adalah Haramain Makkah dan Haramain Madinah. Kedua
haruman ini membangkitkan perbezaan perasaan kepada pemakai dan juga orang di
sekeliling mereka. Aroma ketenangan dapat dirasai dan disebarkan kepada semua
orang yang berdekatan.
Bauan dan aroma minyak wangi
Haramain Million pula mengingatkan aku kepada kisah nostalgik di sekolah
dahulu. Wangian yang menyegarkan akan menjadi santapan hidung kami di kebanyakan
hari di asrama. Ustaz yang menjadi warden akan bergerak bilik ke bilik
mengejutkan kami. Beliau memakai minyak wangi aroma Haramain Million yang
harum, manis dan menyegarkan.
Terdapat 14 jenis haruman minyak
wangi Haramain 15ml yang segar dan menyegarkan:
HARAMAIN MADINAH, HARAMAIN MAKKAH,
HARAMAIN MILLION, HARAMAIN MUSK, HARAMAIN MUKHALLATH, HARAMAIN BADAR, HARAMAIN
HAJAR, HARAMAIN OUDI, HARAMAIN WARDIA, HARAMAIN NAEEM, HARAMAIN FIRDOUS, HARAMAIN
SALMA, HARAMAIN AMBER, HARAMAIN FOREVER
HARGA PASARAN RM 30 - RM 60 sebotol
HARGA KAMI : RM 27 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 15ML : RM 150(6 botol)
Kos PENGHANTARAN RM10 ke seluruh semenanjung Malaysia.
MINYAK WANGI AL HARAMAIN 10 ML
ROLL-ON
Selain itu terdapat juga minyak wangi Haramain 10 ml yang
berbeza harumannya dengan minyak wangi Haramain 15 ml:
HARAMAIN GOLD, HARAMAIN SILVER , HARAMAIN SAFA, HARAMAIN
ROMANCE, HARAMAIN BLACK, HARAMAIN LATIFAH, HARAMAIN AYSHA, HARAMAIN HUSNA, HARAMAIN
KASTURI, HARAMAIN ANGEL, HARAMAIN BLOOM, HARAMAIN 212
Cubalah sebotol dan rasai sendiri haruman MINYAK WANGI
HARAMAIN ini.
HARGA
PASARAN RM 25 - RM 45 sebotol
HARGA KAMI : RM 22 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 10ML :-RM240(12 botol) / RM 130(6 botol)
Kos PENGHANTARAN RM10 ke seluruh semenanjung Malaysia.
BERMINAT
MENJADI PENGEDAR MINYAK WANGI HARAMAIN HUBUNGI:- AAKIF 013-2372745
#minyakwangiharamain #minyakwangialharamain #minyakwangi
#haramainperfume #alharamainperfume #minyakwangiharamainmadinah
#minyakwangiharamainbadar #minyakwangiharamainmillion
#minyakwangiharamainforever #minyakwangiharamainamber #minyakwangiharamainmusk
#minyakwangiharamainmakkah #minyakwangiharamainmukhallath
#minyakwangiharamainsalma #minyakwangiharamainwardia #minyakwangiharamainhajar
#minyakwangiharamainfirdous #minyakwangiharamainoudi #minyakwangiharamainnaeem